Senin, 01 Mei 2023

ZAKAT

Nama Kursus:

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM


Nama Pensyarah:

ALINAWATI BINTI AB. AZIZ @KAMARULZAMAN


NAMA AHLI KUMPULAN:

MUHAMMAD ASHRAF BIN KAMARUDDIN (04DAT22F1086)

MUHAMMAD DANIAL ASHRAF BIN MOHD YUSOFF (04DAT22F1999)

MUHAMMAD NAJMI BIN GHAZALI (04DPM21F2084)


 PENGENALAN

Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuandengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Antara golongan yang layak menerima zakat adalah:

        I.            Fakir

      II.        Miskin

    III.            Amil

    IV.            Muallaf

      V.            Al-riqab

    VI.            Al-gharimin

  VII.            Fisabilillah

VIII.            Ibnu sabil

Kini, isu kemiskinan umat Islam sudah disedari ramai, namun peritus kemiskinan umat Islam di negar kita masih tinggi dan perlu dibendung. Berikutan adalah cara menangani isu kemiskinan umat Islam.

 

ZAKAT DAPAT MENJADIKAN SESEBUAH NEGARA YANG AMAN

Dapat difahami bahawa Islam amat mementingkan kewujudan masyarakt yang adil, bersatu padu, tolong-menolong, bantu-membantu dalam kehidupan masyarakat di dalam sesebuah negara.

Negara yang aman, tenteram dan masyarakatnya hidup bersatu-padu akan mewujudkan suasana ekonomi yang stabil dan seimbang seiring dengan peningkatan produtiviti masyarakat Islam keseluruhannya dengan agihan kekayaan dalam masyarakat. Zakat dilihat mampu mengikis rasa sombong golongan kaya dan mengelak fakir miskin dari meminta-minta. Harta yang diperolehi golongan kaya sebenarnya terdapat sebahagian  hak golongan kaya sebenarnya terdapat sebahagian hak golongan fakir dan menjadi kewajipan golongan kaya menunaikan hak tersebut.

 


KEPENTINGAN ZAKAT

Kepentingan zakat terhadap orang Islam adal menjadi jelas daripada hadis-hadis yang menyatakan bahawa dibenarkan memerangia orang-orang  Islam yang mendirikan solat tetapi tidak menunaikan zakat, maka solatnya adalah sia-sia.

Oleh itu, zakat merupakan salah sayu cara untuk menyucikan harta selain sebagai tanda kedyukuran kita kepada Allah.



PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN SECARA PERCUMA

Pihak zakat boleh mengadakn Program Latihan Kemahiran secara percuma bagi golongan Asnaf(Fakir dan Miskin). Denagn adanya program sebegini sedikit sebanyak dapat  membantu mereka untuk meningkatkan kemahiran dalam diri mereka.

Sesetengah dari mereka tidak berpeluang untuk menyambung pengajian atau menyertai mana-mana institusi kemahiran disebabkan mengalami masalah kewangan. Mereka merasakn perkara ini hanya akan membebankan keluarga mereka dan akhirnya mereka hanya memilih untuk bekerja.

Namun, dunia sekarang yang kian mencabar memerlukan kelulusan dan kemahiran jika seseorang itu berazam untuk  mengubah nasib keluarga mereka.

Hal ini kerana persainagn amat sengit untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan. Ramai masyarakat kini hanya menggangur disebabkan peluang pekerjaan yang tipis.

 


MENYEDIAKAN PENEMPATAN KHAS UNTUK WARGA TUA MISKIN

Menyediakan penempatan khas untuk warga tua adalah salah satu bantuan yang kurang diberi perhatian. Mengikut kajian yang dilakukan, permohonan bantuan zakat adalah dari warga tua, yang berumur 56 tahun ke atas. Ada diantara mereka yang menerima bantuan zakat setiap bulan namun masih tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan harian.

Ssetengah daripada mereka masih terpaksa membayar sewa rumah. Pada masa ini seperti yang kita tahu, kos sara hidup lenbih tinggi. Denagn situasi pandemik covid-19, hidup mereka lebih sukar untuk mendapatkan wang untuk membayar sewa bulanan dan akhirnya mereka terpaksa berpindah keluar dari rumah sewa tersebut. Dengan adanya penempatan khas, dapatlah mereka tempat untuk berteduh.

Selain itu, kelebihanya adanya penempatan khas ini, kesihatan mereka turut terjamin dengan mendapat makanan cukup serta menerima rawatan disebabkan sakit yang dialami. Mereka juga dapat berkongsi kasih sayang antara mereka seperti adanya keluarga dan tidak akan rasa dirinya terabai oleh masyarakat kerana Islam turut menggalakkan umat Isalm hidup berkasih sayang dan saling membantu antar satu sama lain.


MEMASARKAN PRODUK YANG DIKELUARKAN OLEH MEREKA 

Cara lain yang boleh dilakukan oleh pihak zakat adalah membantu memasarkan produk-produk keluaran mereka. Hal Ini akan menjadi sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan supaya datang ke kedai mereka. Secara tidak langsung kita juga telah menyokong produk halal muslim.

Produk halal adalah produk yang meyakinkan dan diinginkan oleh majoriti besar para pengguna. Selain memberi keuntungan kepada para peniaga, iklan yang dilakukan akan memastikan pemasaran produk halal menjadi bertambah luas serta mungkin boleh menjadi fenomena baru dalam masyarakat sama ada pengguna muslim atau bukan muslim, iaitu mesti mendapatkan barangan yang halal untuk kegunaan mereka. Sangat penting juga untuk kita memilih produk-produk yang halal kerana produk- produk tersebut lebih dipercayai akan kebersihan dan keselamatannya.

Tindakan kita sebagai umat islam mengiklankan produk-produk halal di premis mereka merupakan salah satu cara bijak untuk kita terus menyokong pemasaran barangan mereka yang berstatus halal.

MEMBUAT LAWATAN DAN SIASATAN KE RUMAH GOLONGAN ASNAF

Pihak berwajib atau pihak zakat haruslah turun padang meninjau dengan lebih dekat realiti kemiskinan yang dihadapi oleh golongan asnaf. Namun berdasarkan hasil temu bual, majoriti golongan asnaf menyatakan pihak zakat tidak membuat lawatan dan ini menjadikan skim bantuan zakat kurang menepati keperluan diri dan permasalahan baru golongan sasaran.

Contohnya, Penerimaan bantuan yang kurang tepat, menyebabkan masalah kewangan yang dihadapi untuk menanggung kos perubatan tidak dapat diselesaikan. Hal ini kerana tanggungan mereka masih ramai dan memerlukan kos perubatan akibat kemalangan yang baru dialami oleh asnaf.

Oleh itu, dicadangkan sistem mengemaskini maklumat sentiasa dilakukan dan memfokuskan kepada golongan sasaran seperti yang dinyatakan di atas. Ini bermakna setiap daerah perlu menumpukan golongan sasaran yang mampu dibasmi ke arah meningkatkan pendapatan mereka sehingga melepasi (pendapatan garis kemiskinan) PGK.

Kerjasama rangkaian ini seterusnya lebih memfokuskan apakah jenis bantuan utama dan sampingan yang diperlukan oleh golongan asnaf.


MENYEDIAKAN TAPAK PERNIAGAAN.

Menyediakan tapak perniagaan juga dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan. Dengan wujudnya tapak-tapak perniagaan ini, golongan yang kurang berkemampuan dapat memulakan perniagaan mereka secara kecil- kecilan hal ini secara tidak langsung akan dapat membantu mereka yang mempunyai pendapatan bulanan yang sedikit atau tiada pendapatan tetap untuk meringankan beban keluarga mereka dan menampung kehidupan seharian, sekali gus dapat meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan yang selesa. Umum mengetahui bahawa membuka perniagaan merupakan salah satu jalan yang efektif untuk memperoleh pendapatan yang lumayan jika perniagaan dijalankan dengan baik.


MEMBERI BANTUAN KEWANGAN

Pihak yang bertanggungjawab juga boleh memberikan bantuan kewangan pada setiap bulan untuk menangani isu ini kerana boleh dikatakan pada zaman sekarang semua memerlukan wang untuk menjalani kehidupan seharian. contoh bantuan kewangan yang boleh diberikan ialah bantuan sewa rumah, bantuan barang dapur, bantuan persekolahan atau ipt dan lain lain. lebih2 lagi jika dikaitkan pada zaman sekarang yang sedang mengalami masalah covid-19 dan keadaan negara yang tidak stabil menyebabkan ramai yang sedang menganggur. Dengan adanya bantuan ini, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah dan tanggungan yang ramai.



PENUTUP

Kesimpulan yang dapat dilakukan adalah kemiskinan umat islam di Negara kita boleh dibendung. Mereka amat memerlukan bantuan dari kita untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan zakat, langkah tersebut perlu dilakukan untuk memastikan kesejahteraan rakyat di Negara kita.

Walaupun sistem agihan zakat sentiasa ditambah baik, namun masih ada kekangan yang menjadi halangan untuk proses pengagihan zakat. Seperti sedia maklum yang kita tahu, untuk mengagihkan bantuan kepada setiap isi rumah yang memerlukan amat sukar untuk dilaksanakan dan memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak.

Oleh itu, kami berharap agar masalah yang dihadapi kini dapat dibendung dengan baik pada masa akan datang.




SUMBER RUJUKAN:

https://www.tiktok.com/@saifulamri1031/video/7185004401310960923?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7203219845230757377

https://anyflip.com/vvczl/rxxe/basic

ZAKAT

Nama Kursus: MPU23012 PENGAJIAN ISLAM Nama Pensyarah: ALINAWATI BINTI AB. AZIZ @KAMARULZAMAN NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD ASHRAF BIN KAMARUD...