MEMASARKAN PRODUK YANG DIKELUARKAN OLEH MEREKA 


Cara lain yang boleh dilakukan oleh pihak zakat adalah membantu memasarkan produk-produk keluaran mereka. Hal Ini akan menjadi sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan supaya datang ke kedai mereka. Secara tidak langsung kita juga telah menyokong produk halal muslim.

Produk halal adalah produk yang meyakinkan dan diinginkan oleh majoriti besar para pengguna. Selain memberi keuntungan kepada para peniaga, iklan yang dilakukan akan memastikan pemasaran produk halal menjadi bertambah luas serta mungkin boleh menjadi fenomena baru dalam masyarakat sama ada pengguna muslim atau bukan muslim, iaitu mesti mendapatkan barangan yang halal untuk kegunaan mereka. Sangat penting juga untuk kita memilih produk-produk yang halal kerana produk- produk tersebut lebih dipercayai akan kebersihan dan keselamatannya.

Tindakan kita sebagai umat islam mengiklankan produk-produk halal di premis mereka merupakan salah satu cara bijak untuk kita terus menyokong pemasaran barangan mereka yang berstatus halal.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

ZAKAT

Nama Kursus: MPU23012 PENGAJIAN ISLAM Nama Pensyarah: ALINAWATI BINTI AB. AZIZ @KAMARULZAMAN NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD ASHRAF BIN KAMARUD...