MEMBUAT LAWATAN DAN SIASATAN KE RUMAH GOLONGAN ASNAF
Pihak berwajib atau pihak zakat haruslah turun padang meninjau dengan lebih dekat realiti kemiskinan yang dihadapi oleh golongan asnaf. Namun berdasarkan hasil temu bual, majoriti golongan asnaf menyatakan pihak zakat tidak membuat lawatan dan ini menjadikan skim bantuan zakat kurang menepati keperluan diri dan permasalahan baru golongan sasaran.
Contohnya, Penerimaan bantuan yang kurang tepat, menyebabkan masalah kewangan yang dihadapi untuk menanggung kos perubatan tidak dapat diselesaikan. Hal ini kerana tanggungan mereka masih ramai dan memerlukan kos perubatan akibat kemalangan yang baru dialami oleh asnaf.
Oleh itu, dicadangkan sistem mengemaskini maklumat sentiasa dilakukan dan memfokuskan kepada golongan sasaran seperti yang dinyatakan di atas. Ini bermakna setiap daerah perlu menumpukan golongan sasaran yang mampu dibasmi ke arah meningkatkan pendapatan mereka sehingga melepasi (pendapatan garis kemiskinan) PGK.
Kerjasama rangkaian ini seterusnya lebih memfokuskan apakah jenis bantuan utama dan sampingan yang diperlukan oleh golongan asnaf.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar